February 22nd, 2008

Here, I’ll like to announce that I’m contesting in this coming Malaysia 12th General Election.
I’ll represent the People Justice Party (Parti Keadilan Rakyat-PKR) in DUN Bukit Tengah (N17), Penang.
I need volunteers and sponsorship for my campaign.
You may contact me at this number +6012-261 1040 OR +019-221 7753 OR email me at ocw77@yahoo.com for further detail how to assist me in this election.
Thank you very much.
Let’s vote for your future of the country.
Posted in
Politic |
6 Comments »
January 7th, 2008
Kini telah masuk hari ke-7 tahun 2008. Saya percaya ramai telah membuat resolusi untuk tahun baru ini masing-masing. Dan saya juga percaya ramai telah berharap agar pendapatan mereka berganda-ganda dalam tahun baru ini. Kos kehidupan yang semakin meningkat terutamanya harga barang semakin naik menyebabkan ramai berasa tertekan.
Saya berharap pula dalam tahun baru ini, rakyat jelata akan memberi sokongan padu kepada pembangkang agar sekurang-kurangnya pembangkang dapat menafikan majoriti BN dalam pilihanraya umum yang dipercayai akan diadakan dalam tahun ini.
Posted in
General, Politic |
No Comments »
December 1st, 2007
Akhirnya, Perdana Menteri memaklumkan bahawa atas prinsip, satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji klip video VK Lingam.
Pengumuman ini sememangnya tidak disangkakan oleh banyak pihak kerana sebelum ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Badawi tidak menyambut baik desakan Parti Keadilan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Tambahan pula, pengumuman tersebut dibuat sehari dua selepas Timbalan Perdana Menteri memberitahu bahawa 3 orang Menteri telah ditugaskan untuk mengkaji laporan Panel 3 Orang yang diberi tugas untuk mengkaji kesahihan klip video tersebut.
Akan tetapi, selepas mesyuarat Kabinet lalu, kita masih belum tahu siapa dia anggotanya serta “terms of reference” Suruhanjaya Diraja yang dinanti-nantikan itu.
Agaknya, persaingan dalaman UMNO masih sengit di mana pengumuman Perdana Menteri tersebut boleh dilihat sebagai satu tamparan ke atas kesemua “usaha” Timbalan Perdana Menteri dalam menangani isu klip video sebelum itu.
Persoalannya, adakah krisis badan kehakiman Negara kita akan diselesaikan dengan tubuhnya Suruhanjaya Diraja.
Seandainya Suruhanjaya Diraja pada akhirnya memberi cadangan yang bernas, ia masih ada di tangan kerajaan samada akan melaksanakan cadangan tersebut atau tidak. Kita harus ingat cadangan Suruhanjaya Diraja sebelum ini tentang pasukan polis masih belum diterima oleh kerajaan BN ini!!
Kita perlu kerajaan yang jujur dalam melaksanakan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak. Saya yakin kerajaan bawah pimpinan BN yang ada sekarang bukan kerajaan yang jujur untuk berbuat demikian.
Posted in
Politic |
No Comments »
November 14th, 2007
Posted in
Photo, Politic |
No Comments »
November 14th, 2007
Walaupun sudah lama saya tidak menyertai perhimpunan aman beramai-ramai, saya “membuat keputusan” tidak pergi Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan BERSIH Sabtu lalu. Saya tidak menyertai bukan kerana saya tidak menyokong agenda BERSIH, saya telah “berjanji” untuk memulakan khidmat rundingan guaman percuma secara bergerak saya di Pasar Awam Kampung Valdor, DUN Bukit Tambun pada pagi Ahad. Suratkhabar Cina telah menyiarkan aktiviti saya tersebut. Jadi, saya perlu pegang kepada “janji” saya itu.
Meskipun dalam rumah sepanjang petang hari Sabtu lalu, minda saya telah berada di Dataran Merdeka sebaik sahaja habis makan tengahari. Saya duduk di depan komputer saya mengikut perkembangan terkini melalui Malaysiakini dan Suara Keadilan Online. Saya tidak dapat masuk laman Malaysiakini kerana terlalu banyak orang cuba masuk laman tersebut pada masa yang sama. Percayalah, bukan setakat orang Malaysia yang ingin mengikut perkembangan terbaru perhimpunan tersebut, seluruh dunia juga memandang serius akan perhimpunan BERSIH ini.
Read the rest of this entry »
Posted in
Politic |
No Comments »
November 13th, 2007
Walaupun hari ini dah masuk Hari Selasa, minda saya masih penuh dengan insiden yang berlaku sepanjang hujung minggu yang lalu. Perhimpunan aman yang dihadiri oleh begitu ramai orang, seorang rakan seperjuangan AMK Pulau Pinang telah pulang ke Rahmatullah dan juga mulanya rundingan guaman percuma secara bergerak saya di kawasan DUN Bukit Tambun, Pulau Pinang.
Though today is Tuesday, my mind still with the incidents taken place over the last weekend. Rally which attended by some many people, comrade in AMK Penang passed away and I started my mobile free legal consultation in DUN Bukit Tambun, Penang.
Posted in
General, Politic |
No Comments »